Apabila
ditanya kepada kebanyakkan wanita Islam ;"adakah wajib bagi seorang
wanita Islam menqhada'kan solat mereka yang ditinggalkan ketika haid?"
pastinya kita akan mendengar jawapan daripada kebanyakkan mereka
mengatakan:
"alaa...itu
soalan mudah jee..bila datang period' maka solat tuu tak perlu qadha,
yang perlu qadha hanya puasa jee..itulah yang mereka belajar sejak
mula-mula 'bergelar wanita' dulu"
Jika dibuat pantauan nescaya jawapan seperti di ataslah yang akan kita jumpa...
Sebenarnya TAK SEBEGITU MUDAH bagi seorang muslimah nak meninggalkan solat mereka walaupun dirinya didatangi haid!!! sekalipun.
Hal
ini boleh dirujuk di dalam kitab Ihya' Ulumuddin karangan Hujjatul
Islam Imam Al-Ghazali yang mashur. Kitab yang padanya ada ilmu yang
berkaitan Tasauf dan padanya juga perbahasan Fekah yang luas, inilah
bukti kehebatan ulama' terdahulu.
Dalam
BAB TIGA :" Fi adab Mua'sharah Wama Yujzi Fi Dawamun Nikah..."perkara
YANG KETUJUH disebut dengan jelas dalam kitab tersebut :
PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN HAID:
Penjelasan (bayan) terhadap solat yang perlu diqadha bagi perempuan yang didatangi haid :
1.
Jika perempuan dalam keadaan haid mendapati darah haid itu berhenti
(dengan melihatnya) sebelum masuknya waktu Maghrib, kira-kira sempat dia
solat asarsebanyak satu rakaat, maka baginya wajib qadha solat zohor
dan asar.
2.
Jika perempuan mendapati darah haidnya kering sebelum masuknya waktu
subuh, kira-kira sempat baginya solat Isya' sebanyak satu rakaat, maka
wajib baginya qadha solat maghrib dan Isya'.
"Dan
hal ini (qadha solat yang ditinggalkan semasa haid) adalah
sekurang-kurang perkara yang wajib diketahui oleh setiap wanita Islam"
(Imam Al-Ghazali)
HURAIAN MASALAH :
1.
Kenapa perlu diqadha solat Asar dan Zohor?- Kerana perempuan itu hanya
menyedari keringnya haid masih dalam waktu Asar,maka baginya wajib solat
asar (selepas mandi hadas)
2.
Kenapa pula solat Zohor juga perlu diqadha sama?- Kerana di dalam hukum
menjama' (menghimpun solat bagi orang musafir) solat Asar boleh dijama'
dan diqosarkan bersama solat Zohor.
-
Kerana kecuaian wanita itu sendiri (dari melihat haidnya kering atau
tidak), boleh jadi haidnya sudah kering dalam waktu Zohor lagi, langkah
Ihtiyat (menjaga hukum) maka perempuan itu juga perlu mengqhada solat
Zohor.
3.
Dalam perkara solat subuh pun sama :-perempuan itu hanya menyedari
darah haidnya kering, sebelum masuk waktu subuh,kira-kira sempat solat
Isyak satu rakaat (selepas mandi hadas) maka wajib baginya solat Isya'
sebab darahnya kering masih dalam waktu Isya'.
-Solat
Isya' juga boleh dijama' (bagi musafir) dengan solat Maghrib, maka
baginya juga perlu diqadha solat maghrib.-Di atas kecuainnya (tidak
betul-betul melihat darahnya kering atau tidak dalam setiap waktu solat)
maka boleh jadi darahnya sudah kering dalam waktu maghrib lagi (sebab
proses keringnya darah itu berlaku secara perlahan-lahan, mungkin
perempuan itu hanya menyedarinya dalam waktu subuh, hakikatnya proses
pengeringan itu sudah lama berlaku)
-maka langkah ihtiyat (menjaga hukum) maka adalah bagi perempuan itu perlu diqadha juga solat maghribnya.
Sila rujuk : Kitab Ihya' Ulumuddin (Jilid ke 2)cetakan Darul Nahwan Nil / Darul Haram Lil Turath, Kaherah.
Diharapkan
tulisan saya ini memberi kesedaran kepada seluruh yang bergelar
Muslimah untuk lebih mendalami diri mereka dengan ilmu 'Fiqhul Nisa' ini
yangberkaitan dengan diri mereka sendiri!!!
No comments:
Post a Comment