Thursday 5 April 2012

FAMILIA Episod 1

perfect family


kalau korang tgk gmbo ni mesti rse cm sempurna je kn. ada ayah, ada mak, ada abg, ada kakak dan semestinya ada adik. akulah adik tu hehehhee... HJ HASSAN B AMBRI (duduk kanan) + HJH KAMSIAH BT HJ AB RAHMAN (duduk no2 kiri) = RAHMAT (berdiri no3 kanan) - RAHIMI (berdiri no3 kiri) - ROHANA (berdiri no2 kiri) - RAHYU (berdiri no2 kanan) - RAHAYA (berdiri kiri) - ROHAIZAT (berdiri kanan) - RAFIQ REDZA (duduk no2 kanan) - INTAN RAYAHIN (duduk kiri) ( 1 happy family at home ) bhsa sy ni cm xsyok la kn, mgkin guna aku rse lbh dekat. sebetul dan sebenar2nya aku rindukan sgt keluarga besar aku ni. kalu nk tau aku dh kehilangan 3org dlm anggota keluarga aku ni. semuanya bermula dengan 1 tragedi...(jeng..jeng..jeng..) gurau je ok, jgn nk tegang sgt hehehe...

bermula dengan kehilangan mengejut ank lelaki bongsu yg kami pggil rafiq pada 11/11/2001 akibat kemalangan jalanraya. pd msa tu aku ngah exam SPM. bru 3 ke 4 paper. satu tamparan hebat bg kami sekeluarga lebih2 lg aku+mak+ayh yg byk brgantung harap pd dia. smemangnya kehilangan dia benar2 terasa kehilangan.. arwah dikebumikan di FELDA TENANG kg halaman kami (mood : sedih)
RAFIQ REDZA 1981-2001

tahun 1996


kehilanga rafiq masih lg terasa tp kami diberi ujian lg apabila ayah yg aku kagumi jatuh sakit. pd ari raya tahun yg sma arwah rafiq meninggal ayah semakin uzur. selepas raya haji kami sepakat bawak ayah ke KL u di wat pemeriksaan mnyeluruh di HKL. ayah mengidap kanser paru2 yg slama ni kami igt sakit jantung je. 12ari ayah di hospital doc sarankan kami bawak ayah blik. hny sempat 1mlm dirumah, pd esok pg ayah mula tidak sedarkn diri msa mak cuba u memberi ayah mnum. oleh krn aku je yg da kt umah msa tu jd cpt2 aku hubungi saudara trdekat dan adk bradik yg lain u pulang segera. mmg sudah takdir hanya selang 4bulan dgn arwah rafiq ayah pulak pergi tinggalkan kami pd 12/3/2002. msa tu result SPM aku pun xkuar.. kami hilang lgsung tmpt brgantung... AYAH tp skurang2nya aku dh brsedia tidak seperti arwah rafiq yg pergi mengejut.. ayah dikebumikan di Ampang sbb arwah meninggal di rumah abglong dan oleh krn mak xnk mmbuang msa bawa jenazah pulang ke kg. RAFIQ - AYAH
HJ HASSAN AMBRI 1928-2002

tahun 2006

mak lah segala2nya buat aku..aku sanggup wat pa sje u MAK. setahun aku xwat pa2, keje tidak,blajar pun tidak hny u menumpukan sepenuh perhatian u mak yg smemangnya sunyi slps kehilangan arwah rafiq dan arwah ayah.. tahun 2008 adalah tahun terakhir aku dpt beraya bersama mak. pd tahun 2009 selepas dia dapat cucu terakhir, ank aku yg ketika itu bru brumur 4bln, mak pulak jatuh sakit. sakit mengejut yg hny 3ari selepas dirawat di Hospital Segamat, mak pula menghembuskan nafasnya yg terakhir pd 21/7/09. kehilangan mak bukn sje 1 kehilangan tp telah membuatkan aku menjadi yatim piatu. di saat smemangnya aku tidak brsedia u kehilangan dia. terasa spt sparuh jiwa aku dh xde. kenangan brsama2 dlu smemangnya 1 kenangan yg terindah.. 25thun aku hidup ngan mak, xpernah brpisah.kemna je mak pergi akulah peneman setia. pa pun yg kami wat bersama2. walaupun saat aku ingin berkahwin aku jg lom sedia u berjauhan dgn mak. atas tggungjwab kami berpisah smentara dan skang pisah buat selama2nya...mak disemadikan bersama2 arwah rafiq di FELDA TENANG.
HJH KAMSIAH BT HJ AB RAHMAN 1940-2009

tahun 2007, family day pertama kami dan yg terakhir brsama MAK


bg aku perjalanan masih pnjang. bersama keluarga aku sdnri. mereka sume kenangan yg akan sentiasa aku kenang dan rindu. saat rindu dtg bertamu hny doa dpt ku utus kan u MAK + AYAH + RAFIQ...aku masih da abg2 lain, kakak2 yg menjadi pengganti sbg mak dan ayah aku. suami yg smemangnya paling dekat adalah sahabat, kekasih terbaik peneman u slamnya...dibahunya saje u aku bersandar dan berkongsi susah senang, sedih gembira bersama...



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...