Tuesday 11 September 2012

LIFE : Episode 5 - RAYA!!! EID MUBARAK

salam syawal semua... hope xlambat lg kot nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA pd semua blog-walker kt luar sane eh... happy sangat pasal taun ni dengan izin Allah n en 'asben' dapatlah saya beraya di kampung halaman saya di FELDA TENANG, LABIS JOHOR... tapi dalam happy2 tu sedih gak pasal en 'asben' tidak beraya bersama kerana tuntutan kerja...

so, malas lah nak citer panjang2 kn, nanti korang borink plak nk baca... jom lah kita cuci2 mata tgk pa2 yg patut hehehhe...

anak2 buah yg ceria... tp yg ujung cam xbuah sgt tu bukan yer hahahha...

anak mama!!!


kanak2 ribena

 

 

 

 

kami 7beradik bersama ipar duai  

 

 


anak buah lelaki tp anak den entah mane dah tercicirnya

anak buah pempuan. da 3 je gigirl daripada 11org

 

kawan, sahabat dari kecil juga jiran saya...

 

finally, ngan en 'asben'. raya ke2 baru pat jumpa. love u much2..


Wednesday 25 July 2012

LIFE : Episod 4 - Surgery mata

Baru2 ni aku di masukkan ke hospital PANTAI AMPANG PUTERI gara2 terdapat ketumbuhan kecil bernanah dlm mata bawah. Sakitnya mak..ai Tuhan jela yg tahu. Masa mula2 mengeras nak kuar nanah tu sakit brdenyut2 bagai nk rak. Ingatkn tembel ke a.k.a ketumbit biasa tp skali luar biasa besar da...

time mula2 bengkak nk tumbuh benda tu

Pas 4ari benda tu dok dlm mata aku, akibat xtahan tanggung sakit maka hubby aku pun bawak la g klinik. Bila doc tgk je mata aku cra penyelesaiannya ke hospitallah untuk buang benda tu. Maka dengan bangganya aku pun dengan gagahnya p la hospital u wat rawatan...

hari pertama benda tu menjelma tp msa nk oprate giler beso lg nanah tu huhuhu...

Nak di jadikan makin happening ini cerita doc suh aku masuk wad n sok pgnya dia nk oprate mata aku. hah!!!  tu dia trkejut berok aku. Xkan benda kecik cmni nk dok spital gak kn. Maka aku dengan akurnya ikut jela ckp doc kn.

Pg sabtu 21hb 7 bersamaan 1ramadhan jam 9pg aku pun daftar masuk la kat wad 333. Yg bes tu aku terjoin skali ngan bakal2 ibu iaitu wad maternity hahahhaa...  Pas boring pusing2 baring atas katil kol 2ptg misi pun jemput la aku bawak p wat surgery kat klinik mata. Dah terasa menakutkan bila pk nanti mata kena korek bagai, Dengan penuh debar dok tgu lg kt klinik tu. Xlama pastu aku pny giliran pun sampai n tiba msa nak mengorek mata hahahaha...

Muka lek2 jer konon berani sgt. Pas doc cuci kedua mata aku dia pun bius la kelopak mata bawah aku tu. Leh la tahan kan pedihnya tp kontrol cun jer. Doc dah sepit mata atas bawah aku, aku pun pejam jela mta dengan harapan xnmpak pa yg doc ngah wat. Xsampai setengah jam lebih kurang selesai lah sesi korek mengorek...

selesai suda..

Pas siap tu xsampai setengah jam dah start dah mata aku sakit berdenyut2 mak ai... Sebelah kanan kepala aku jgn ckp la sakit nya beradoi weh. Tp xpe wonder women kena lek jer kntrol cun. Tp Alhamdulillah sume ok2 jer. Pas buka balutan n now continue mkn ubat untuk 2mgu. pas dah 5ari ni ok sume, lubang dlm mata tu pun dah makin tutup. Tido 1mlm kat wad sok tgharinya aku dah discharge. Sian kat ank n encik hubby terpaksa sahur n buka posa sendri 1st n 2nd posa hehehee...

KORANG PERNAH KENA X BENDA NI???




Wednesday 4 July 2012

PANDUAN BERDIET bersama Intan Rayahin Hassan hehehehe... (padahal copy paste gak)



PLAN PEMAKANAN SEMASA DIET 

 
Semasa 2 Minggu Induction:

1.) ELAKKAN nasi, mi, mihun, laksa, laksa, spagetti, fettucini, vermicelli, kuew tiau dan yang sebangsa dengannya.

2.) 
ELAKKAN  Roti, roti berserat, roti bun, roti boy, roti canai, roti jala, roti bakar, roti pastries dan apa-apa yang sebangsa dengannya.

3.) 
ELAKKAN  Gula - gula pasir, gula melaka, gula merah, madu, gula-gula dan apa-apa yang bergula tinggi.

4.) 
ELAKKAN  Buah-buahan (lepas 2 minggu baru makan berpada-pada).

5.) 
ELAKKAN  minuman bergula, jus buah-buahan, air bergas (coke, Pepsi, 100plus, etc), kurangkan pengambilan kopi!

6.) 
ELAKKAN  snek seperti Twisties, biskut manis, nachos, popcorn, jeruk manis.

7.) 
ELAKKAN  segala bentuk kacang untuk 2 minggu.

8.) 
ELAKKAN  makanan berproses seperti kentang goreng, bebola ikan, bebola sotong.

9.) 
ELAKKAN  makanan bertepung seperti kek, biskut, kuih-muih.

BOLEH MAKAN :

1.) AYAM- panggang, steam, bakar, sup, satay, digoreng tanpa tepung.

2.) Semua IKAN- sama macam ayam, boleh grill, steam, goreng tanpa tepung. Tak kira ikan salmon, pari, tenggiri, terubok, ikan bilis.

3.) Semua DAGING- rusa, lembu, kambing - buat steak, satay grill, sup ekor, daging bakar, disalai... asalkan halal.

4.) UDANG - bakar, tomyam, goreng dengan cili boh. Elakkan sotong kerana karbohidrat tinggi.

5.) SAYUR, terutamanya sayur hijau. Kurangkan lobak merah, elakkan kentang. Lagi hijau, lagi bagus, macam sawi, bayam, salad, timun.

6.) KEJU jenis cheddar, mozarella, parmesan. Limit kepada 2-3 keping sehari.

7.) AIR KOSONG, air mineral -minum 8 gelas atau lebih sehari untuk elakkan sembelit.

8.) BURGER?? Buang roti bun atas dan bawah, makan daging burger dengan sayur dan mayonis kat dalam je...

9.) PIZZA?? Makan topping sahaja.

10.) Makan supplement dan vitamin seperti spirullina dan multi-vitamins untuk menambahkan lagi tenaga dan kuatkan daya ketahanan badan.
==========================================================================



Jangan lupa makan sarapan, tengahari dan makan malam. Makan malam sebelum jam 9 malam. Jangan ponteng makan"!!

Contoh sarapan / Breakfast
1.) Telur rebus - 1 biji - (0.6 grams carb)
2.) Chicken slice - 2-3 keping - (0.0 grams carb)
3.) Air suam - 1-2 glass - (0 gram carb)
4.) Keju - 2 keping - (1 gram carb)

Makan Tengahari / Malam
1.) Ikan panggang - 1-2 keping - (0 gram Carb)
2.) Sup Ayam - 1 mangkuk - (0.5 - 1 gram Carb) 
3.) Ayam goreng - 1-2 ketul - (0.5 - 1 gram Carb)
4.) Sayur-sayuran hijau - 1 mangkuk - (1 - 3 grams Carb)
5.) Telur goreng - 1-2 biji - (1 - 1.5 gram Carb)

Jangan lebih drp 20 grams KARBOHIDRAT sehari kalau nak kurus!

Nasi - 1 pinggan penuh = 88 grams karbo !
Nasi - 1/2 pinggan (nasi separuh) = 44 grams karbo
Nasi - 1/4 pinggan = 22 grams karbo.
Mee (mihun/spagetti/laksa/
laksa/fettuccinni) = 10 - 100 grams karbo (meehoon paling rendah karbo = lebih kurang 10g sepinggan)

Makanan Yang ?Tidak Dibenarkan? Selama 2 Minggu Induction

1. Minuman bergula seperti jus buah-buahan, air bergas (coke, sprite, pepsi), minuman berkafein seperti kopi, cappuchino, moccha, milo, barli, horlick, dll.
2. Sayuran berkarbohidrat timggi seperti kentang, segala jenis ubi, lobak.
3. Buah-buahan, tak kira apa-apa jenis terutama sekali pisang (23.7 gram karbohidrat sebiji).
4. Semua jenis roti, tak kira putih atau berfiber, berinti atau tidak.
5. Produk tenusu seperti susu, yoghurt, dadih, tak kira rendah lemak atau tidak.
6. Kek, biskut dan semua produk bergandum.
7. Makanan ringan seperti gula-gula, potato crisps, chocolate, pop-corn, aiskrim.
8. Kekacang, sama ada peanuts, pistachio, dll.
9. Mihun, mi biasa, pasta, spageti, macaroni.
10. Pizza, nachos, tortilla chips, doughnuts dan any other Fast Food.
11. Gula (tak kira gula putih, merah, gula melaka, artificial sweetener, madu lebah).
12. Nasi putih, pulut, brown rice. Setengah pinggan nasi putih ada 22 gram karbohidrat! Kalau 3 pinggan???

NOTA KURUS : Susah masa mula2 aje... (tp, xdela susah pun kan, bukan nye xboleh makan langsung pun.. nak kurus, nak sihat, kene lah berusaha. xpe, sekejap je puasa makan karbo.. lepas tu, anda takkan rasa sia2...percayalah..:) 

Syarat-syarat Induction 

Induction ialah fasa terpenting sekali dalam Atkins Diet kerana ia adalah tapak permulaan kepada corak pemakanan yang berbeza daripada apa yang pernah anda lalui selama ini. Induction sebaik-baiknya dilakukan selama 2 minggu (paling kurang) dan boleh diteruskan selama 6 bulan sehingga 2 tahun, mengikut keadaan kesihatan dan berat badan anda. Yang pasti, lagi berat badan anda atau lagi susah untuk anda menghilangkan berat badan (atau kedua-duanya sekali), lagi lama anda patut berada pada tahap Induction.


1. Pastikan anda makan 3 kali sehari (saiz makanan biasa) atau 4-5 kali sehari (tapi portions kecil). Jangan sekali-kali malas makan sebab anda akan terasa sangat lapar nanti dan sukar nak kawal emosi dan nafsu makan. Makan malam biarlah sebelum jam 9.00pm.

2. Makan 20 gram karbohidrat sehari sahaja. Baca label pada produk di pasaraya. Sebaik-baiknya makan makanan dari pasar seperti ayam, daging, ikan sebab kandungan karbohidratnya 0 gram.

3. Makanan diproses di kilang selalu ditambah gula dan berkarbohidrat tinggi. Baca label tin, botol, kotak atau packet yang dibeli untuk tahu kandungan karbohidrat. Berhati-hati memilih sos dan kicap dalam botol.

4. Jangan makan apa-apa pun yang disenaraikan dalam senarai makanan yang diharamkan di atas. Walau sepinggan nasi pun boleh menaikkan glukosa dalam badan dan menyebabkan anda ketagihan nasi dan benda-benda manis. Bersabar dan berdisiplinlah kalau nak kuruskan badan.

5. Minum banyak air. Kalau sembelit, anda boleh mengambil psyllium husk / serat bercampur secawan air. Psyllium Husk / serat ada dijual dimana-mana farmasi dan kedai Cosway.

6. Makanan boleh digoreng, dipanggang, direbus, disalai asalkan tidak ditambah gula dan madu.

7. Rempah-ratus boleh digunakan asalkan asli, tak ditambah gula atau perasa tiruan.

8. Jangan sangka makanan tertentu itu berkarbohidrat rendah. Sebiji buah pear bersaiz sederhana ada 25 gram karbohidrat, sebiji telur ayam bersaiz besar cuma ada 0.6 gram karbohidrat! Check dulu!9. Ambil supplement seperti spirullina dan vitamins untuk lebih menyihatkan badan lagi. Pastikan product tidak mengandungi gula atau artificial sweteener.


===========================================================================


Diari Diet
 
Catatkan berat badan anda. Buat sekali catatan tentang ukuran pinggang, paha, dada, pinggul, tekanan darah, dan kadar kolestrol. 
Tentukan sasaran berat badan yang perlu anda turunkan dalam jangka masa sebulan akan datang.
Cuba tentukan sasaran untuk menurunkan berat badan dalam tempoh seminggu antara ½ hingga 1 kg.
Tentukan tahap kalori yang boleh membantu anda menurunkan berat badan mengikut tahap-tahapnya. Contoh kalori yang disarankan ialah kurang 35g pengambilan karbohidrat dlm mkanan.
Catatkan semua makanan, minuman atau kudapan yang telah anda ambil. Kira jumlah kalori dan lemak.
Catat latihan/senaman yang telah anda lakukan setiap hari. Dapatkan anggaran agak2 berapa jumlah kalori yg terbakar
Hasilnya pada malam hari, buat pengiraan pengurangan kalori makanan dan kalori latihan yang dilakukan.
Pada hujung minggu pula, buat pengiraan dan hasil yang telah anda gunakan untuk kalori dan lemak.
Good Luck! :)


Fasa2 dalam Diet

inila cara diet yg sebenar. sume terletak pd tangan kite semua. :) 
xpelu susah2 nk carik plan kesihatan untuk diri anda. plan yg d gunakan dlm program diet SD2 ada sume nye. :D



NOTA KURUS : supplemen sprt yg dcdgkan adalah untuk regulate our health to the optimum. dengan izin Tuhan. xsalah untuk berusaha ke arah kesihatan yg TERBAIK! 

BERAT BADAN IDEAL
KUNCI KESIHATAN BERKEKALAN
==========================================================================
 Contoh cadangan menu



MENU 1
MENU2
MENU 3
MENU 4
SARAPAN
2 telur rebus 
1 tomato bersaiz sederhana
2 telur dadar
Mixed-vege
Sup telur bersama dada ayam dicarik-carik2 telur goreng dan salad sayur
MAKAN TENGAHARI
Masak kicap daging lembu, sayur brokoli digoreng bersama udang basahRendang ayam, Sayur brokoli dancauliflowerStik daging bersama tomato segarIkan kukus bersama cendawan, tomato dan daun bawang
MAKAN MALAM
Lamb chopdengan sos pudinaAyam panggang, taufu + daging kisar, bayamIkan kukus bersama cendawan, tomato dan daun bawangIkan dan ketam bakar, brokoli dancauliflowergoreng


 ELAKKAN DARIPADA MEMAKAN SEMUA JENIS BUAH-BUAHAN, ROTI, PASTA, BIJIRIN, SAYURAN BERKANJI, KEKACANG ATAU APA-APA MAKANAN YANG DIPERBUAT DARI TEPUNG DAN GULA KETIKA BERDIET.


MINUM SEKURANG-KURANGNYA 2 LITER (8GELAS) AIR MINERAL ATAU LEBIH SETIAP HARI.


HINDARI MINUMAN BERGULA DAN BERKAFEIN SEPERTI KOPI, TEH, MINUMAN RINGAN DAN YANG BERGAS.


KIRA SETIAP PAKET PEMANIS TIRUAN SEBAGAI 1gram KARBOHIDRAT.
Gunakanlah sucralose (splenda), saccharin (sweet 'n low) atau acesulfame-k (sweet one) sebagai pemanis makanan sekiranya perlu. Stevia adalah lebih organik dan semulajadi.

APABILA MAKAN DILUAR, MAKA BERHATI-HATILAH DENGAN KARBOHIDRAT YANG TERSEMBUNYI
Tepung gandum, tepung jagung dan gula adalah intipati didalam kuah (gravies), sos dan dressings.

BACA LABEL PEMAKANAN 
Pastikan anda membaca label pemakanan yang terdapat pada bungkusan atau botol untuk memastikan kuantiti karbohidrat yang terkandung didalam makanan.


info:: http://www.mazraayu.blogspot.com/

Saturday 23 June 2012

SESI MELUAHKAN PERASAAN - "it is autism"

OLEH KERANA AKU MENGANGGAP BLOG NI TMPT BERTUKAR CERITA DAN BERKONGSI CERITA MAKA AKU INGIN KONGSI DISINI BAHAWA ANK AKU SI BUJANG HADIF YG BARU BERUMUR 3THN ADALAH AUTISME...



 
DENGAN HELAAN NAFAS YG PANJANG MAKA AKHIRNYA TERJAWAB SUDAH TEKA-TEKI YG SELAMA NI AKU DOK PK KN ARI2. SESUNGGUHNYA AKU REDHA DENGAN UJIAN NI, BAHKAN AKU BERSYUKUR BHAWA ANK AKU BUKN LAH CACAT KE PA CM ANK2 ORG LAIN YG LBIH TERUK DR ANK AKU KN..SEKADAR TERCICIR SIKIT PERKEMBANGAN OTAK DIA...WALAUPUN PD MULANYA AKU MCM NK MENANGIS TERIMA KEPUTUSAN TU TP AKU TETAP REDHA. MANA TAKNYA MULA LAH PK CMNE MSA DEPAN DIA NNTI. BOLE KE SKOLAH CM BDK LAIN, BOLE KE BLAJAR CM BDK LAIN...??? (keliru)

INSYAALLAH...MGU DPN AKU N HUBBY AKAN SETTLE KN URUSAN BORANG KAD DIA DI JKM SECEPAT MGKIN.. DAN MULAI TAHUN DPN MGKIN HADIF AKAN KAMI MASUKKN KE PDK YG BERDEKATAN..NI MENGIKUT NASIHAT DOC LA KN...NK HNTAR KT SWASTA LOM CKUP MAMPU LG TP INSYAALLAH KALU DA REZKI LEBIH PA SALAHNYA KN...LEBIH BYK PNDEDAHAN U HADIF LG BANYAK BENDA DIA LEH BELAJAR N AKU SKALI LA KAN BELAJAR..SEKURANG2NYA BILA KAT UMAH AKU AKN CUBA APPLY KN BALIK KT DIA..

16hb7 NI HADIF KENA AMEK DARAH U TEST PA KROMOSOM BAGAI U DIUJI PUNCA SBNAR. TP KORANG RSE PERLU KE WAT UJIAN DARAH NI??? PADAHAL AKU RSE WAT UJIAN DARAH KE PA, MASIH LOM DPT LG JAWAPAN PUNCA SEBENAR PENYAKIT NI KN. KONFIUS SKANG NI...BULAN DEPAN MULA LAH SESI TERAPI SPEECH N CARA KERJA DI HUKM. HOPE BANTU LAH CKIT HADIF NYA PROGRESS..

 MAMA HARAP ANK MAMA CEPAT BELAJAR N CERDIK CM BDK2 NORMAL LAIN.. SESUNGGUHNYA..APA PUN TERJADI MAMA SGT SYG HADIF...MOGA HADIF MNJADI PENGUAT SEMANGAT MAMA U JD LEBIH KUAT DLM MGHARUNGI UJIAN NI..MAMA MMG MNTAK HARI2 MOGA MAMA JD ORG YG SGT PENYABAR DLM MNDIDIK KAMU...INSYAALLAH...

Sunday 17 June 2012

MENU SIHAT BAGI YG BERDIET

atas nasihat pakar bertauliah hahaha... adalah aku disarankn untuk menurunkan berat badan yg sedia ada 55kg ke ??? hahahaha... so pa lg sume 1 umah di dera diet sama ngan aku lagi2 hubby aku la kn, dia pun dh over weight hahahha... GILER!!!

Ramai yang mencari tentang menu diet harian untuk menguruskan badan. Jadi hari ini, aku sertakan  sarapan pagi, tengahari dan petang untuk korang dan aku amalkan setiap hari supaya nampak lebih sihat. hehe!!!
meh kita ushar pa2 menu yg sedap u kita amalkan bersama2 ok :-)

Pilihan sarapan pagi ;
Semangkuk oat dan nescafe
Sekeping roti canai dan kuah dal dan secawan teh o
2 keping roti mil penuh , 4 sudu tuna dangan timun dan salad serta air soya.
Semangkuk bijirin fiber dan secawan teh o
2 ketul popia basah dan segelas teh o
2 biji karipap kentang dan secawan nescafe 0
2 keping roti bakar serta jam dan segelas susu.
2 biji telur setengah masak dan secawan kopi.

Pilihan Makanan tengahari.
Padankan dengan air suam dan minum segelas air sebelum makan 

1/2 senduk nasi dan 1/2 senduk kacang buncis goreng dan seketul ikan tongkol masak kuah.
1/2 senduk nasi dan 1/2 ikan kembung bakar dan ulaman dan setengah sudu sambal belacan.
Setengah senduk mee hoon goreng
1 mangkuk kecil bubur ayam/ikan dan 1/4 telur masin
Kweyteow sup
1/2 cawan makaroni goreng
1/2 senduk nasi dan 1/2 ekor ikan masak halia (kukus) dan 1/2 senduk sayur campur.
1/2 senduk nasi dan seketul ayam dada masak sup
1/2 senduk nasi dan ayam dada masak paprik.
1 senduk nasi satu mangkuk besar kerang rebus dan cili sos.
1 senduk nasi,tauhu goreng dan satu senduk sayur campur.
1 mangkuk  mee wantan.
1/2 mangkuk pasta
1/2 senduk nasi putih, dan seekor ikan kerisi dan 1/2 senduk sayur kubis
1/2 nasi goreng kampung dan lai chee kang
1/2 nasi putih ,sambal tempe ikan bilis dan sup bayam.

Pilihan makanan ganti makan malam
2 ketul popia basah dan jus tembikai.
1 mangkuk rojak buah
Sanwich sardin dan segelas susu rendah lemak.
Sebiji buah naga
5 keping biskut dan secawan milo panas.
1 mangkuk salad buah.
Semangkuk tau fu fa
Satu biji jagung rebus.
Segelas jus tomato.
Seketul tahu sumbat dan segelas soya.
1 ketul pau kukus dan susu rendah lemak
1 cawan yogurt asli

P/s: Cuba sesuaikan makanan dengan selera anda supaya anda tidak mudah jemu! Menu diet sihat ini anda boleh ubah tetapi mengikut kalori yang sama.

sumber :  http://darkbatman.com/menu-diet-untuk-kurus-dan-sihat/



Thursday 14 June 2012

LIFE : Episod 4 - Endometriosis

YANG BERLAKU PADA AKU SKANG NI HUHUHU...

Endometriosis adalah keadaan perubatan yang membabitkan sekitar 89 juta wanita dalam usia melahirkan anak diseluruh dunia. [1]Bagi endometriosis, tisu yang melitupi bahagian dalam uterus (endometrium, dari perkataan endo, "dalam", dan metra, "rahim") didapati tumbuh di luar uterus, pada atau kawasan lain badan. Biasanya, endometrium tanggal setiap bulan semasa kitaran haid; tetapi, bagi endometriosis, endometrium yang salah letak tidak mampu keluar dari badan. Tisu endometriotic masih tanggal dan berdarah, tetapi hasilnya berbeza: pendarahan dalaman, penguraian darah dan tisu yang tanggal, keradangan kawasan sekitar, sakit dan kemungkinan pembentukan tisu parut. Tambahan lagi bergantung kepada tempat tumbuh, berlaku gangguan kepada fungsi biasa bagi perkumuhan najis, pundi kencing, usus kecil dan organ lain dalam ruang pelvik mungkin berlaku. Dalam kes jarang, endometriosis mungkin berlaku pada kulis, paru-paru, diaphragm, dan otak.


Simptom utama endometriosis adalah sakit teruk berulang. Kesakitan yang dialami tidak semestinya berkait dengan tahap (1 hingga 4) endometriosis. Sesetengan wanita hanya sakit sedikit atau tiada rasa sakit sungguhpun mengalami endometriosis teruk menjejaskan kawasan yang luas atau endometriosis dengan berparut. Sebaliknya, wanita mungkin mengalami kesakitan teruk sungguhpun hanya mengalami endometriosis kecil.
Simptom endometriosis termasuk (tetapi tidak terhad kepada):
  • Kesakitan, kadang-kala kekejangan haid yang melumpuhkan (dysmenorrhea); sakit yang semakin teruk (sakit meningkat)
  • Sakit kronik (biasanya bahagian bawah belakang dan kawasan pinggul (pelvic), juga bahagian perut abdomen)
  • Sakit ketika bersenggama (dyspareunia)
  • Sakit ketika membuang air besar atau kecil (dysuria)
  • Haid yang banyak (menorrhagia)
  • Mual dan muntah-muntah
  • Pra-haid atau antara haid (pendarahan antara tempoh haid)
  • Mandul dan separa mandul. Endometriosis mungkin mendorong kepada tiub fallopian tersekat. Walaupun tanpa masalah ini, terdapat kesukaran mengandung. Baggi sesetengah wanita, separa mandul adalah simptom tunggal, dan endometriosis hanya disedari semasa pemeriksaan kesuburan.
Tambahan lagi, wanita yang di diagnos dengan endometriosis mungkin mempunyai simptom masalah perut (gastrointestinal) yang menyerupai sindrom dubur gatal irritable bowel syndrome, termasuk sentiasa letih.
Pesakit yang pecah karung endometriotik mungkin mengalami sakit perut akut (acute abdomen) sebagai kecermasan perubatan. Karung Endometriotik terdapat dalam ruang thoracic mungkin menyebabkan satu bentuk sindrom endometriosis thoracic, biasanya catamenial pneumothorax.
  
Diagnosis
Pemeriksaan fizikal dan sejarah kesihatan mambu bagi kebanyakan pesakit mendorong doktor mensyaki diagnosis.
Ujian pengimej mungkin mengenalpasti kawasan endometriotic lebih besar, seperti nodule atau karung endometriotic. Dua kaedah ujian pengimej biasa adalah ultrasound dan magnetic resonance imaging (MRI). Keputusan normal bagi kedua ujian ini tidak menyingkir kemungkinan endometriosis--kawasan endometriosis seringkali terlalu kecil bagi ujian sebegini.
Cara yang pasti mengenal pasti diagnosis endometriosis adalah melalui penggunaan laparoscopy. Diagnosis berdasarkan ciri-ciri kelihatan, sekiranya perlu disokong melalui biopsi. Laparoscopy turut membenarkan rawatan pembedahan bagi endometriosis.
Secara umum, terapi dadah setempat endometriosis (selain pil perancang keluarga ditelan) digunakan selepas pengesahan diagnosis pembedahan endometriosis. 

Punca kesakitan
Cara endometriosis menyebabkan kesakitan merupakan topik banyak penyelidikan. Kerana ramai wanita dengan endometriosis merasai kesakitan semasa atau berkait dengan haid mereka dan mungkin menumpahkan lebih banyak aliran haid kedalam pelvis setiap kali haid, sesetengah penyelidik cuba mengurangkan kejadian haid bagi pesakit dengan endometriosis.
Tisu endometrial bertindak balas kepada simulasi hormon dan mungkin :berdarah" pada tempoh haid. Ia berkumpul setempat, menyebabkan bengkak, dan mencetus tindak balas keradangan dengan pengaktifan cytokines. Ia dipercayai bahawa proses ini mungkin mendorong kepada penerimaan kesakitan.
Endometriosis dipercayai keadaan auto-immune dan sekiranya sistem immunisasi diancam dengan alahan makanan, dengan itu menyingkirkan makanan tersebut dari permakanan boleh berkesan bagi sesetengah orang. Alahan biasa bagi mereka dengan endometriosis adalah tenusu dan gandum. [7] 

Rawatan
Pada masa kini, tiada rawatan bagi endometriosis, sungguhpun bagi sesetengah pesakit menopause (secara semulajadi atau pembedahan) akan mengurangkan proses ini. Bagaimanapun, histerektomi dan/atau membuang ovari tidak menjamin bahawa kawasan endometriosis dan/atau simptom endometriosis tidak akan berulang. Rawatan konservatif biasanya cuba menangani kesakitan atau isu kemandulan. Rawatan herbal perubatan kadang-kala boleh berkesan bagi mengawal penyakit ini.
Rawatan bagi sakit endometriosis termasuk:
  • NSAID dan ubat tahan sakit yang lain: Ia sering amat berkesan kerana ia tidak hanya menguruangkan sakit tetapi juga aliran haid. Ia biasanya digunakan bersama terapi lain. Bagi kes teruk, dadah preskripsi narkotik mungkin digunakan.
  • Gonadotropin Pembebas Hormon - Gonadotropin Releasing Hormone (GnRH) Agonist: Agen ini bertindak dengan meningkatkan aras GnRH. Stimulasi berterusan penerima GnRH menyebabkan kelonggaran pengawalan (downregulation). Ini menyebabkan pengurangan FSH dan LH, dengan itu mengurangkan aras estrogen dan progesterone.
  • Ia dicadangkan tetapi tidak terbukti bahawa mengandung dan kelahiran anak mampu menghentikan endometriosis.
  • Terapi pemendam hormon: Pendekatan ini cuba menghapuskan atau mengurangkan aliran haid dan sokongan estrogen. Biasanya ia diperlukan bagi beberapa bulan atau tahun.
Kaitan dengan barah
Endometriosis tidak sama dengan barah endometrial -endometria cancer. Bagaimanapu ia di hipothesis bahawa penghasilan estrogen berlebihan dan pertumbuhan sel luar biasa disebabkan oleh endometriosis akhirnya menyebabkan barah ovari atau barah lain sepanjang hayat wanita. Perkembangan endometriosis sama seperti perkembangan barah, juga, dari segi keduanya menganggar penyebaran penyakit dalam bentuk yang sama kepada zon berlainan badan. Penyelidikan kini telah menunjukkan kaitan antara endometriosis dan barah tertentu [2]. Endometriosis juga serentak dengan leiomyoma atau adenomyosis, termasuk juga masaalah autoimmunisasi.

Rujukan

  1. Batt RE; Mitwally MF (2003-12-01). "Endometriosis from thelarche to midteens: pathogenesis and prognosis, prevention and pedagogy". Journal of pediatric and adolescent gynecology 16 (6): 337–47. PMID 14642954. Capaian 2006-04-15.
  2. Marsh EE; Laufer MR (2005-03-01). "Endometriosis in premenarcheal girls who do not have an associated obstructive anomaly". Fertility and sterility 83 (3): 758–60. PMID 15749511. Capaian 2006-04-15.
  3. Treloar SA, Wicks J, Nyholt DR, Montgomery GW, Bahlo M, Smith V, Dawson G, Mackay IJ, Weeks DE, Bennett ST, Carey A, Ewen-White KR, Duffy DL, O'connor DT, Barlow DH, Martin NG, Kennedy SH. Genomewide kajian kaitan dalam 1,176 saudara keluarga berkait mengenal pasti kelemahan jelas pusat (locus) bagi endometriosis pada khromosome 10q26. Am J Hum Genet. 2005 Sep;77(3):365-76. Epub 2005 Jul 21. PMID 16080113. Full Text.
  4. Kashima K, Ishimaru T, Okamura H, Suginami H, Ikuma K, Murakami T, Iwashita M, Tanaka K. Familial risk among Japanese patients with endometriosis. Int J Gynaecol Obstet. 2004 Jan;84(1):61-4. PMID 14698831
  5. Capellino S, Montagna P, Villaggio B, Sulli A, Soldano S, Ferrero S, Remorgida V, Cutolo M. Role of estrogens in inflammatory response: expression of estrogen receptors in peritoneal fluid macrophages from endometriosis. Ann N Y Acad Sci. 2006 Jun;1069:263-7. PMID 16855153
  6. do Amaral V, Ferriani R, de Sá M, Nogueira A, e Silva J, e Silva A, de Moura M (2006). "Positive correlation between serum and peritoneal fluid CA-125 levels in women with pelvic endometriosis". Sao Paulo Med J 124 (4): 223-7. PMID 17086305.
  7. Dian Mills & Michael Vernon. "Endometriosis A Key to Healing and Fertility through Nutrition"
  8. Marcoux S, Maheux R, Berube S. Laparoscopic surgery in infertile women with minimal or mild endometriosis. Canadian Collaborative Group on Endometriosis. N Engl J Med. 1997 Jul 24;337(4):217-22. PMID 9227926.

Monday 4 June 2012

LIFE : Episod 3 - MENGASUH @ BABY SITTER

lama sangat dh x menjenguk blog aku yg cute ni hehehhe...
so korang sume da yg tertunggu citer dr aku ni hah, agaknya la (berangan)...

so pa yg bes nk citer ni pasal arini aku 1st day jd pengasuh baby umo 5bln. adoi la mak penat gak erk. dengan nk layan karenah ank bujg aku yg special tu lg kn. aje poning hahahaha... tp xpe tu sume untuk pengalaman lgpun aku sndri nk tmbah baby lg. tu pun kalu da rezki la. so ni kira latihan la kan hehehhee... untuk 1week ni memg stress la kot hahahhaa...

tp thanks jgk to my hubby yg td pun sblum g keje dia dah siapkn ank bujg dia, tq sayang.. so aku nya tugas layan baby jela kn. mkn sume td dh ready la kn. tp nasib jgk la 1week jer kalu dia nk tmbah ari lg mmg xsggup la kot. mne x nya ank bujg sorg tu mmg ikut suka dia, jd guard la aku.

ok xpe sok da lg 4ari u aku teruskan cabaran ni hehehhe... harap2 jalan lancar la erk. jgn da yg tercedera ke pa ke sudah la kan. hope ibu si baby ni puas ati la kan.. so, jmp lg yer kawan2 hehehhee...as-salam..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...