Thursday 14 June 2012

LIFE : Episod 4 - Endometriosis

YANG BERLAKU PADA AKU SKANG NI HUHUHU...

Endometriosis adalah keadaan perubatan yang membabitkan sekitar 89 juta wanita dalam usia melahirkan anak diseluruh dunia. [1]Bagi endometriosis, tisu yang melitupi bahagian dalam uterus (endometrium, dari perkataan endo, "dalam", dan metra, "rahim") didapati tumbuh di luar uterus, pada atau kawasan lain badan. Biasanya, endometrium tanggal setiap bulan semasa kitaran haid; tetapi, bagi endometriosis, endometrium yang salah letak tidak mampu keluar dari badan. Tisu endometriotic masih tanggal dan berdarah, tetapi hasilnya berbeza: pendarahan dalaman, penguraian darah dan tisu yang tanggal, keradangan kawasan sekitar, sakit dan kemungkinan pembentukan tisu parut. Tambahan lagi bergantung kepada tempat tumbuh, berlaku gangguan kepada fungsi biasa bagi perkumuhan najis, pundi kencing, usus kecil dan organ lain dalam ruang pelvik mungkin berlaku. Dalam kes jarang, endometriosis mungkin berlaku pada kulis, paru-paru, diaphragm, dan otak.


Simptom utama endometriosis adalah sakit teruk berulang. Kesakitan yang dialami tidak semestinya berkait dengan tahap (1 hingga 4) endometriosis. Sesetengan wanita hanya sakit sedikit atau tiada rasa sakit sungguhpun mengalami endometriosis teruk menjejaskan kawasan yang luas atau endometriosis dengan berparut. Sebaliknya, wanita mungkin mengalami kesakitan teruk sungguhpun hanya mengalami endometriosis kecil.
Simptom endometriosis termasuk (tetapi tidak terhad kepada):
  • Kesakitan, kadang-kala kekejangan haid yang melumpuhkan (dysmenorrhea); sakit yang semakin teruk (sakit meningkat)
  • Sakit kronik (biasanya bahagian bawah belakang dan kawasan pinggul (pelvic), juga bahagian perut abdomen)
  • Sakit ketika bersenggama (dyspareunia)
  • Sakit ketika membuang air besar atau kecil (dysuria)
  • Haid yang banyak (menorrhagia)
  • Mual dan muntah-muntah
  • Pra-haid atau antara haid (pendarahan antara tempoh haid)
  • Mandul dan separa mandul. Endometriosis mungkin mendorong kepada tiub fallopian tersekat. Walaupun tanpa masalah ini, terdapat kesukaran mengandung. Baggi sesetengah wanita, separa mandul adalah simptom tunggal, dan endometriosis hanya disedari semasa pemeriksaan kesuburan.
Tambahan lagi, wanita yang di diagnos dengan endometriosis mungkin mempunyai simptom masalah perut (gastrointestinal) yang menyerupai sindrom dubur gatal irritable bowel syndrome, termasuk sentiasa letih.
Pesakit yang pecah karung endometriotik mungkin mengalami sakit perut akut (acute abdomen) sebagai kecermasan perubatan. Karung Endometriotik terdapat dalam ruang thoracic mungkin menyebabkan satu bentuk sindrom endometriosis thoracic, biasanya catamenial pneumothorax.
  
Diagnosis
Pemeriksaan fizikal dan sejarah kesihatan mambu bagi kebanyakan pesakit mendorong doktor mensyaki diagnosis.
Ujian pengimej mungkin mengenalpasti kawasan endometriotic lebih besar, seperti nodule atau karung endometriotic. Dua kaedah ujian pengimej biasa adalah ultrasound dan magnetic resonance imaging (MRI). Keputusan normal bagi kedua ujian ini tidak menyingkir kemungkinan endometriosis--kawasan endometriosis seringkali terlalu kecil bagi ujian sebegini.
Cara yang pasti mengenal pasti diagnosis endometriosis adalah melalui penggunaan laparoscopy. Diagnosis berdasarkan ciri-ciri kelihatan, sekiranya perlu disokong melalui biopsi. Laparoscopy turut membenarkan rawatan pembedahan bagi endometriosis.
Secara umum, terapi dadah setempat endometriosis (selain pil perancang keluarga ditelan) digunakan selepas pengesahan diagnosis pembedahan endometriosis. 

Punca kesakitan
Cara endometriosis menyebabkan kesakitan merupakan topik banyak penyelidikan. Kerana ramai wanita dengan endometriosis merasai kesakitan semasa atau berkait dengan haid mereka dan mungkin menumpahkan lebih banyak aliran haid kedalam pelvis setiap kali haid, sesetengah penyelidik cuba mengurangkan kejadian haid bagi pesakit dengan endometriosis.
Tisu endometrial bertindak balas kepada simulasi hormon dan mungkin :berdarah" pada tempoh haid. Ia berkumpul setempat, menyebabkan bengkak, dan mencetus tindak balas keradangan dengan pengaktifan cytokines. Ia dipercayai bahawa proses ini mungkin mendorong kepada penerimaan kesakitan.
Endometriosis dipercayai keadaan auto-immune dan sekiranya sistem immunisasi diancam dengan alahan makanan, dengan itu menyingkirkan makanan tersebut dari permakanan boleh berkesan bagi sesetengah orang. Alahan biasa bagi mereka dengan endometriosis adalah tenusu dan gandum. [7] 

Rawatan
Pada masa kini, tiada rawatan bagi endometriosis, sungguhpun bagi sesetengah pesakit menopause (secara semulajadi atau pembedahan) akan mengurangkan proses ini. Bagaimanapun, histerektomi dan/atau membuang ovari tidak menjamin bahawa kawasan endometriosis dan/atau simptom endometriosis tidak akan berulang. Rawatan konservatif biasanya cuba menangani kesakitan atau isu kemandulan. Rawatan herbal perubatan kadang-kala boleh berkesan bagi mengawal penyakit ini.
Rawatan bagi sakit endometriosis termasuk:
  • NSAID dan ubat tahan sakit yang lain: Ia sering amat berkesan kerana ia tidak hanya menguruangkan sakit tetapi juga aliran haid. Ia biasanya digunakan bersama terapi lain. Bagi kes teruk, dadah preskripsi narkotik mungkin digunakan.
  • Gonadotropin Pembebas Hormon - Gonadotropin Releasing Hormone (GnRH) Agonist: Agen ini bertindak dengan meningkatkan aras GnRH. Stimulasi berterusan penerima GnRH menyebabkan kelonggaran pengawalan (downregulation). Ini menyebabkan pengurangan FSH dan LH, dengan itu mengurangkan aras estrogen dan progesterone.
  • Ia dicadangkan tetapi tidak terbukti bahawa mengandung dan kelahiran anak mampu menghentikan endometriosis.
  • Terapi pemendam hormon: Pendekatan ini cuba menghapuskan atau mengurangkan aliran haid dan sokongan estrogen. Biasanya ia diperlukan bagi beberapa bulan atau tahun.
Kaitan dengan barah
Endometriosis tidak sama dengan barah endometrial -endometria cancer. Bagaimanapu ia di hipothesis bahawa penghasilan estrogen berlebihan dan pertumbuhan sel luar biasa disebabkan oleh endometriosis akhirnya menyebabkan barah ovari atau barah lain sepanjang hayat wanita. Perkembangan endometriosis sama seperti perkembangan barah, juga, dari segi keduanya menganggar penyebaran penyakit dalam bentuk yang sama kepada zon berlainan badan. Penyelidikan kini telah menunjukkan kaitan antara endometriosis dan barah tertentu [2]. Endometriosis juga serentak dengan leiomyoma atau adenomyosis, termasuk juga masaalah autoimmunisasi.

Rujukan

  1. Batt RE; Mitwally MF (2003-12-01). "Endometriosis from thelarche to midteens: pathogenesis and prognosis, prevention and pedagogy". Journal of pediatric and adolescent gynecology 16 (6): 337–47. PMID 14642954. Capaian 2006-04-15.
  2. Marsh EE; Laufer MR (2005-03-01). "Endometriosis in premenarcheal girls who do not have an associated obstructive anomaly". Fertility and sterility 83 (3): 758–60. PMID 15749511. Capaian 2006-04-15.
  3. Treloar SA, Wicks J, Nyholt DR, Montgomery GW, Bahlo M, Smith V, Dawson G, Mackay IJ, Weeks DE, Bennett ST, Carey A, Ewen-White KR, Duffy DL, O'connor DT, Barlow DH, Martin NG, Kennedy SH. Genomewide kajian kaitan dalam 1,176 saudara keluarga berkait mengenal pasti kelemahan jelas pusat (locus) bagi endometriosis pada khromosome 10q26. Am J Hum Genet. 2005 Sep;77(3):365-76. Epub 2005 Jul 21. PMID 16080113. Full Text.
  4. Kashima K, Ishimaru T, Okamura H, Suginami H, Ikuma K, Murakami T, Iwashita M, Tanaka K. Familial risk among Japanese patients with endometriosis. Int J Gynaecol Obstet. 2004 Jan;84(1):61-4. PMID 14698831
  5. Capellino S, Montagna P, Villaggio B, Sulli A, Soldano S, Ferrero S, Remorgida V, Cutolo M. Role of estrogens in inflammatory response: expression of estrogen receptors in peritoneal fluid macrophages from endometriosis. Ann N Y Acad Sci. 2006 Jun;1069:263-7. PMID 16855153
  6. do Amaral V, Ferriani R, de Sá M, Nogueira A, e Silva J, e Silva A, de Moura M (2006). "Positive correlation between serum and peritoneal fluid CA-125 levels in women with pelvic endometriosis". Sao Paulo Med J 124 (4): 223-7. PMID 17086305.
  7. Dian Mills & Michael Vernon. "Endometriosis A Key to Healing and Fertility through Nutrition"
  8. Marcoux S, Maheux R, Berube S. Laparoscopic surgery in infertile women with minimal or mild endometriosis. Canadian Collaborative Group on Endometriosis. N Engl J Med. 1997 Jul 24;337(4):217-22. PMID 9227926.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...